Saturday 21 July 2012

MAJLIS PENUTUP KEM TUNAS BOLA JARING







SK.Dato' Sagor- Pada 18 Julai yang lalu,bertempat di dewan terbuka SK Dato'Sagor, telah berlangsungnya satu majlis penutup kem Tunas Bola Jaring 2012 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Kg.Gajah dan kerjasama Kelab Rakan Muda Parlimen Pasir Salak.Kem yang telah diadakan telah dilatih oleh dua orang jurulatih yang berpengalaman luas dalam permainan bola jaring iaitu Pn.Nori Bin Nan dan juga Pn.Khatijah bt Hassan. Kedua-dua mereka ialah guru dari SK Dato' Sagor.Tahniah kepada penganjur kerana berjaya mencorakkan satu program yang dapat meningkatkan lagi kemahiran murid dalam permainan bola jaring seterusnya menggilap bakat murid  seawal  yang mungkin...TAHNIAH!!! Majulah sukan Untuk Negara...

Saturday 7 April 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD PERAK TENGAH 2012










Tahniah kepada pasukan bola sepak Zon PKG Bota yang telah memenangi Kejohanan Bola Sepak MSSD Perak Tengah bagi tahun 2012.Mereka telah memenangi ketiga-tiga perlawanan dengan mendapat 9 markah berbanding Zon PKG Kg.Gajah yang mendapat 6 markah untuk menduduki tempat kedua diantara empat buah PKG.Tempat ketiga dimenangi oleh PKG Parit dan tempat ke empat PKG Seberang Perak.Selamat berjuang untuk mengejar tempat di peringkat Negeri.....Majulah Sukan Negara!!

Thursday 29 March 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS DAERAH PERAK TENGAH

SK Dato' Sagor sekali lagi menjadi pilihan untuk diadakan Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah pula.Kejohanan ini akan berlansung pada hari ini 30-31 Mac.Pada pukul 3 petang bertempat di padang sekolah. Manakala pada hari esok(sabtu) perlawanan akan dimulakan pada pukul 8.30 pagi.Terdapat empat PKG yang mengambil bahagian,PKG Kg.Gajah,PKG Parit, PKG Bota dan PKG Seberang Perak. Marilah kita saksilan pertarungan secara liga ini beramai-ramai.Majulah sukan untuk Negara!!!!

Monday 5 March 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSS DAERAH PERAK TENGAH

Hari ini akan bermulanya Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah bagi tahun 2012.Kejohanan ini akan berlangsung dari 6-8 Mac 2012 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Manjung,Manjung, Perak.Kejohanan dimulakan pada pukul 8.00pagi sehingga 5.00 petang.Harap maklum.

Tuesday 28 February 2012

KEJOHANAN BOLING TENPIN DAERAH PERAK TENGAH 2012

SK Dato' Sagor telah menghantar 5 orang peserta lelaki dan 3 orang peserta perempuan Kategori Bawah 12 Tahun.
Tarikh : 28 Februari 2012 ( Selasa )
Tempat : Ampang Super Bowl, Ipoh

 Keputusan rasmi:

Lelaki
Johan : Wajidi Kamarozaman
N.Johan : Najmudin Abdul Majid
Ketiga : Afnan Kamarozaman
Keempat : Aiman Mukhri Mohamad Nasir

Perempuan
Keempat : Amanina Mohd Kalbi
Keenam : Syafiqah

TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !

Monday 20 February 2012

1 MURID 1 SUKAN DILAKSANAKAN SETIAP HARI DI SKDS...








SKDS-Dasar 1M1S yang telah diperkenalkan oleh KPM disahut baik oleh semua warga SKDS.Kehadiran yang amat baik daripada pelajar menunjukkan kesungguhan mereka untuk aktif dalam sukan sekolah.Tahniah diucapkan kepada GPK KOKO,En.Zainal Anuar yang telah banyak memberi semangat dan dorongan kepada semua murid untuk menyertai 1M1S dengan jayanya.Tahniah!!

Friday 17 February 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSS (BAWAH 12 TAHUN) PKG KG.GAJAH


18 Feb-Pagi tadi telah berlangsungnya  kejohanan Bola Sepak MSS bawah 12 tahun bagi PKG Kg.Gajah.Pasukan A telah diwakili oleh SK Dato' Sagor dan SK Raja Chulan, manakala kumpulan B pula diwakili oleh SK Sg.Galah, SK Chenderong Kelubi dan SK Seri Changkat.Keputusan rasmi akan diumumkan kemudian.Kejohanan  berhenti rehat pada pukul 12.30 t/hari dan akan disambung pada pukul 2.00 petang.

Thursday 16 February 2012

KECUNDANG DILAMAN SENDIRI....SKDS VS SK TITI GANTONG..









SKDS- 16/2/2012....Perlawanan Persahabatan diteruskan pada sebelah petang menentang SK Titi Gantong.Setelah mendahului 1 gol SKDS mengatur strategi bagi menawan pihak lawan...malang buat SKDS kecundang 4-2 ditangan pasukan lawan.Kepenatan yang terpancar diwajah para pemain sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi mereka.Di akui,sememangnya pihak lawan juga bukan calang-calang pemain.Apa jua keputusan,tahniah kepada pemain SKDS yang telah bermain bermati-matian...cuba lagi...

Wednesday 15 February 2012

PERLAWANAN PERSAHABATAN SK DATO' SAGOR VS SK TOK PELITA







16 Feb-Pagi tadi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak persahabatan diantara SK Dato' Sagor dan juga pasukan SK Tok Pelita di padang SK Dato Sagor.Perlawanan telah dimonopoli oleh pasukan SKDS yang berkesudahan 6 berbalas 0.Semangat juang yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan amat dipuji.Tidak ketinggalan aksi jurulatih yang turut memberi semangat dan kata-kata perangsang buat anak didik mereka harus dipuji. TAHNIAH buat SKDS!!!...Kepada SK Tok Pelita,cuba lagi dimasa-masa akan datang...

Thursday 2 February 2012

DASAR 1 MURID 1 SUKAN...


Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya
satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan
UntukSemua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid
yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama,
bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah
(SPTS).Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan
ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan
memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif
agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan
gaya hidup sihat dan aktif.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmatimanfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiringdengan keperluan akademik.

Wednesday 1 February 2012

SELAMAT DATANG ....

SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA 'BLOGGERS' KE LAMAN BLOG UNIT KOKO SK DATO' SAGOR...